Kepakaran Jahid Sidek

Kepakaran bidang perubatan Islam

Kepakaran beliau dalam bidang perubatan Islam telah dimanfaatkan di Malaysia apabila beliau dilantik menjadi ketua panel pembangunan Modul Istitabah, Bahagian Perubatan Islam, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS); panel pembangunan Modul Ilaj Home, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); panel penilai Agensi Kelayakan Malaysia dalam bidang perubatan Islam pada 19 September 2012; pakar rujuk Indeks Pematuhan Piawaian Syariah yang dibangunkan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP), JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); dan panel perbincangan bagi membangunkan Garis Panduan Perubatan Islam Malaysia, 2011 oleh KKM.

Kepakaran dalam tasawuf dan tarekat

Mengenai kepakaran beliau dalam bidang tarekat tasawuf pula, beliau telah dilantik sebagai Ahli Panel Pakar Tasawwuf JAKIM, Ahli Majlis Tarekat Sufi (Jilsah al-Turuq al-Sufiyah) yang ditubuhkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Beliau turut mengkaji, mempelajari dan mengamalkan tiga tarekat tasawuf iaitu Tarekat Ahmadiyah, Qadiriyah dan Naqsyabandiyah. Beliau juga dilantik sebagai syeikh tarekat bagi Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah. Selain itu, beliau turut menjadi pengerusi bagi Madrasah Babul Khairat, Kampung Melayu Majidee, Johor dan Madrasah Manaratil Ilmi, Pekan, Pahang.